Penduduk Rumah Rimong Roy Edward Entalai Disaring, PKPD Dikuatkuasakan

KHAMIS, 18 FEBRUARI 2021

LUBOK ANTU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sri Aman telah melakukan ujian saringan kepada semua penduduk Rumah Rimong Roy Edward Entalai, Selindong Ulu Engkilili pada Khamis.

Ia berikutan terdapat seorang wanita di rumah panjang tersebut yang telah dikenalpasti positif COVID-19 pada Rabu dan telah dibawa ke Hospital Umum Sarawak, Kuching untuk pengawasan rapi.

Sehubungan itu, JPBB Sri Aman dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa rumah panjang tersebut akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 18 Februari hingga 4 Mac 2021.

Sepanjang tempoh tersebut, segala pergerakan mereka akan sentiasa dipantau oleh pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) untuk memastikan Prosedur Operasi Standard (SOP) sentiasa dipatuhi dan mencegah keluar dan masuk orang awam ke kawasan larangan demi mengekang penularan pandemik itu.-EDISI UKAS

Share

add comment