KHAMIS, 18 FEBRUARI 2021
MARUDI: Terjejas akibat banjir, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Marudi telah menghulurkan bantuan makanan kepada penduduk di Kampung Long Terawan, Mulu pada Rabu.
Penghantaran bantuan makanan ini dilakukan selepas mendapat laporan dari Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Marudi.
Sejumlah 50 bungkus makanan dihantar ke kampung ini dengan menggunakan perahu.
Ini selepas jalan darat yang meaghubungkan kampung itu tidak dapat dilalui disebabkan banjir.
Dengan bantuan makanan ini akan membantu penduduk meringankan beban harian selepas terjejas disebabkan banjir. -EDISI UKAS
Share