Pengundi Di Pakan Diharap Terus Sokong Kerajaan Sarawak

KHAMIS, 18 FEBRUARI 2021

KUCHING: Pengundi di daerah Pakan diseru agar terus memberi sokongan kepada kepimpinan Kerajaan Negeri demi kesinambungan pembangunan di kawasan itu.

Timbalan Pengerusi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pakan, Gasan Empera berkata, sokongan itu penting terutamanya untuk manfaat generasi akan datang.

“Sokongan pengundi sangat penting bagi memastikan kesinambungan pembangunan dan manfaat masa depan daerah Pakan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis ringkas penyerahan borang permohonan keahlian baharu PBB di ibu pejabat PBB di Kuching, pada Rabu.

Pada majlis itu sebanyak 290 borang permohonan keahlian baharu diserahkan kepada Setiausaha Eksekutif PBB Datuk Awang Bujang Awang Antek.

Menurut Gasan, sehingga kini PBB Pakan mempunyai 7,500 keahlian dengan 6,560 merupakan ahli baharu. -EDISI UKAS

Share

add comment