KHAMIS, 18 FEBRUARI 2021
LUBOK ANTU: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman telah mengagihkan sebanyak 93 set bakul makanan kepada penduduk di Rumah Panjang Rimong Roy Edward Entalai, Selindong Ulu Engkilili pada Khamis.
Bantuan bakul makanan tersebut adalah untuk meringankan bebanan penduduk rumah panjang berkenaan yang kini di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPD) selama 14 hari susulan penularan pandemik COVID-19 di kawasan berkenaan.
Set bantuan bakul makanan berkenaan telah diagihkan kepada 24 ketua isi rumah (KIR) yang terjejas.
Penghuni rumah panjang tersebut juga diingatkan agar patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh kerajaan semasa dalam pengawasan PKPD. -EDISI UKAS
Share