RM150,000 Dilulus Bina Tembok Penahan Tanah Runtuh Rumah Sayu, Entabai

KHAMIS, 18 FEBRUARI 2021

JULAU: Kerajaan Negeri telah meluluskan peruntukan RM150,000 bagi membina tembok penahan di kawasan tanah runtuh yang menjejaskan Rumah Sayu Bandang, Nanga Aboi, Jalan Entabai, Julau.

Projek yang dilaksanakan menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) 2020 itu telah bermula pada Januari 2021 dan dijangka siap Mei 2021.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan Rolland Duat Jubin telah meninjau sendiri perkembangan projek selain meninjau keadaan tanah runtuh yang memberi ancaman kepada penduduk rumah panjang 13 pintu tersebut, pada Rabu.

Sementara itu, Tuai Rumah Sayu merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) khususnya Rolland Duat diatas keprihatinan dengan melaksanakan projek tersebut.

Ujarnya, ini membuktikan kerajaan mengutamakan kebajikan rakyat tanpa melihat latar belakang terutamanya di luar bandar.-EDISI UKAS

Share

add comment