16 Mangsa Banjir Di Taman Muara Tuang Park Dipindahkan

JUMAAT, 19 FEBRUARI 2021

KOTA SAMARAHAN: Hujan lebat yang berterusan sejak semalam telah mengakibatkan Taman Muara Tuang Park di sini dilanda banjir kilat.

Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Samarahan, seramai 16 mangsa banjir daripada empat keluarga telah dipindahkan sementara di Surau Kampung Bukit Berangan.

Jumlah mangsa banjir dijangka meningkat sekiranya hujan lebat berterusan dan pemantauan akan terus dilakukan oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Samarahan dari masa ke semasa. -EDISI UKAS

Share

add comment