40 Ketua Kaum Sertai Program Community Policing Daerah Sarikei Tahun 2021

JUMAAT, 19 FEBRUARI 2021

SARIKEI: Seramai 40 Ketua-ketua Kaum dari DUN N.47 Pakan menghadiri Program Community Policing Daerah Sarikei Tahun 2021 yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Sarikei bertempat di Pusat Inovasi Sarikei (SIC) pada Jumaat.

Taklimat modul disampaikan oleh pegawai di Pejabat Daerah Sarikei Mohd Asraf Laili, yang memberi tumpuan kepada pemerkasaan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi semua aktiviti sosial/acara serta perhimpunan dan urusan kematian serta upacara pengebumian.

Semua SOP ini dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBNS) Sarawak melalui Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) dan Majlis Adat Istiadat Sarawak (MAIS).

Taklimat terebut adalah yang terakhir dan pelengkap kepada keseluruhan enam siri taklimat melibatkan kawasan DUN N41 Kuala Rajang, N.45 Repok dan N.47 Pakan.

Selesai sahaja taklimat, Pegawai Daerah Sarikei, Christopher Ranggau mengambil alih dengan sesi dialog dan soal jawab bersama peserta.

Beliau turut menyentuh berkaitan Program Imunisasi Kebangsaan yang akan dilaksanakan dan Pejabat Daerah Sarikei merancang akan menganjurkan sesi taklimat bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk menjelaskan secara menyeluruh tentang program tersebut dalam masa terdekat. – EDISI UKAS

Share

add comment