JUMAAT, 19 FEBRUARI 2021
MUKAH: Nasib golongan memerlukan di Balingian terus mendapat perihatian wakil rakyatnya, Abdul Yakub Arbi.
Pada Jumaat, beliau menyantuni beberapa orang warga emas, golongan kurang upaya (OKU) dan ibu tunggal di Kampung Sau, Mukah.
Beliau turut menghulurkan sumbangannya dan berharap dapat sedikit sebanyak mengurangkan beban mereka.
Dalam pada itu, Sarawak Badan Amal Tenaga Isteri-Isteri (SABATI) juga menyampaikan sumbangan kerusi roda kepada Muhammad Adzlan Nuffel Haslim. -EDISI UKAS
Share