ADUN Murum Hulur Sumbangan Bantu Kekang Penularan COVID-19

JUMAAT, 19 FEBRUARI 2021

BELAGA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Murum Kennedy Chukpai Ugon tampil membantu menyalurkan sumbangan kepada petugas barisan hadapan memerangi COVID-19 di daerah kecil Sungai Asap, Belaga.

Beliau menyerahkan bantuan kewangan masing-masing RM5,000 kepada pejabat daerah kecil Sungai Asap, polis dan Klinik Kesihatan Asap pada Khamis.

Terdahulu beliau menghadiri Taklimat dan Penyelarasan Tindakan Kes Covid-19 di Daerah Kecil Sungai Asap oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Belaga, pada Khamis.

Beliau juga menyumbangkan RM5,000 kepada setiap 15 Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Biro Keselamatan rumah panjang.

Selain itu, bagi melancarkan sekatan jalan raya, Kennedy Chukpai turut menyumbangkan peralatan seperti kanopi kepada petugas barisan hadapan.

Sementara itu, beliau merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada penerima diatas komitmen tinggi menjalankan tugas sebagai barisan hadapan memerangi pandemik COVID-19.-EDISI UKAS

Share

add comment