Awang Tengah Terima Kunjungan Presiden Persatuan Jatti Miriek Miri

JUMAAT, 19 FEBRUARI 2021

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan pada Rabu telah menerima kunjungan daripada Presiden Persatuan Jatti Miriek Miri Datuk Abdillah Abdul Rahim dan rombongan. 

Kunjungan itu bertujuan membincangkan aktiviti-aktiviti persatuan itu yang akan diadakan pada tahun ini. 

Dalam kunjungan itu, beliau telah menerima cenderamata berupa sebuah buku bertajuk ‘Bup Iddeh Itai’ yang disampaikan Datuk Abdillah yang merupakan daftar kata bahasa Miriek dan telah mengambil masa tiga tahun untuk dihasilkan. -EDISI UKAS

Share

add comment