Calon SPM 2020 SMK Kabong Dirai Dalam Majlis Solat Hajat Dan Majlis Restu Ilmu

JUMAAT, 19 FEBRUARI 2021

KABONG: Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Kabong dengan Kerjasama Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong telah menganjurkan Majlis Solat Hajat Dan Majlis Restu Ilmu Calon SPM 2020 SMK Kabong bertempat di Surau An Nadwah SMK Kabong dan Dewan MCK SMK Kabong pada Jumaat.

Program tersebut dirasmikan Penghulu Sani Mohamad bagi mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri N40 Kabong, Mohd Chee Kadir.

Hadir sama Pengetua SMK Kabong Iman Joni, Yang Dipertua PIBG SMK Kabong Laksamana Bakar dan Pegawai Khas ADUN Kabong Nur Elffi Amir.

Dalam ucapan ringkasnya, Sani berharap pelajar yang menduduki SPM bermula 22 Februari ini memperolehi kejayaan setelah bertungkus lumus sekian lama membuat persiapan dalam situasi mencabar akibat penularan pandemik COVID-19. – EDISI UKAS

Share

add comment