Daerah Sebauh Kini Berstatus Kuning

JUMAAT, 19 FEBRUARI 2021

SEBAUH: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah mengklasifikasikan Daerah Sebauh sebagai Zon Kuning pada Khamis. 

Keadaan ini disebabkan terdapat 11 kes positif COVID-19 yang dikesan di Rumah Saba, Kuala Sigu, Pandan Sebauh hasil daripada ujian saringan COVID-19 yang dijalankan ke atas penduduk Rumah Saba dan Rumah Ugop.

Sementara itu, 24 orang lagi masih lagi dalam ‘Patient Under Investigation’ (PUI) dan mereka kini telah dibawa ke Hospital Bintulu dan pusat kuarantin di Bandar Bintulu melalui pengangkutan sungai untuk mendapatkan rawatan.

Susulan itu, Rumah Saba dan Rumah Ugop telah dikenakan Kawalan Pergerakan Bersasar bagi mengekang  penularan wabak ke tempat lain. 

Penularan COVID-19 di kedua-dua rumah panjang itu ada kaitan dengan kontak rapat penduduk yang bergerak ulang alik dari bandar Bintulu sehingga menyebabkan penduduk rumah panjang dijangkiti COVID-19. 

Hadir sama Jeti di Pekan Sebauh Ahli Parlimen Bintulu Datuk Sri Tiong King Sing yang memantau pergerakan membawa individu positif ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut. -EDISI UKAS

Share

add comment