Dewan Masyarakat Bekenu Dan Dewan Masyarakat Sepupok Niah, Dikenal Pasti Tempat Program Imunisasi COVID-19

JUMAAT, 19 FEBRUARI 2021

SUBIS: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri telah mengadakan lawatan tapak di Dewan Masyarakat Bekenu dan Dewan Masyarakat Sepupok Niah pada Khamis. 

Lawatan itu bertujuan mengenal pasti kemudahan yang ada di kedua-dua tempat itu bagi melaksanakan Program Imunisasi COVID-19 yang dijadualkan diadakan pada Mac ini.

Untuk fasa pertama, pemberian vaksin ini akan diberikan kepada semua petugas barisan hadapan di Daerah Subis. 

JPBB Miri turut memberitahu setiap tempat yang akan dijadikan pusat pemberian vaksin COVID-19 itu akan disanitasi terlebih dahulu bagi memastikan keselamatannya. 

Setiap agensi kerajaan di bawah JPBB Miri juga akan mengambil tindakan berdasarkan peranan masing-masing untuk pastikan proses pemvaksinan itu nanti berjalan lancar. -EDISI UKAS

Share

add comment