Hujan Lebat Akibatkan Banjir Kilat Di Beberapa Kawasan Di Kuching Dan Samarahan

JUMAAT, 19 FEBRUARI 2021

KUCHING : Beberapa kawasan rendah di bahagian Kuching dan Kota Samarahan dilanda banjir ekoran hujan lebat yang berterusan sejak petang Khamis.

Hujan lebat juga telah mengakibatkan beberapa jalan utama sesak dengan kenderaan bergerak perlahan serta beberapa rumah di kawasan perumahan turut dinaiki air.

Antara kawasan yang terjejas adalah seperti Taman Muara Tuang, Taman Univista, Kampung Sinar Budi Baru, Batu 6 1/2 Jalan Penrissen, Kampung Hj Baki, Taman Matang Jaya, Taman Indah Landeh, Kampung Jawa Semenggok, Taman Muara Tuang, Jalan Ensegai, Kampung Sungai Empit, Kampung Sungai Lundu dan Kampung Seketi. – EDISI UKAS

Share

add comment