Jabatan Penerangan Limbang Buat Hebahan Pembudayaan Norma Baharu COVID-19 Dan Belanjawan 2021

JUMAAT, 19 FEBRUARI 2021

LIMBANG: Dalam usaha membanteras penularan wabak pandemik COVID-19 di Daerah Limbang, Jabatan Penerangan telah membuat hebahan umum di sekitar Lubai pada Khamis.

Antara kawasan yang dilaksanakan hebahan umum ialah Rumah Manggi Igom Kampung Menuang Baru, Rumah Intai Ganing Kampung Menuang Lama dan WTK-Biogrow City Plantation Sdn Bhd. 

Selain hebahan penularan wabak pandemik COVID-19, turut dihebahkan Belanjawan 2021 yang turut dijadikan sebagai risalah untuk bahan bacaan dan rujukan. -EDISI UKAS

Share

add comment