Jalan Miri-Marudi Diselenggara, Pengguna Diminta Berhati-Hati

JUMAAT, 19 FEBRUARI 2021

MARUDI: Keadaan Jalan Miri-Marudi yang kurang memuaskan dan selamat itu telah menyebabkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Marudi melakukan kerja-kerja penyelenggaraan. 

Selain itu, telah berlaku bencana alam seperti tanah runtuh yang menyebabkan jalan menjadi sempit serta berlubang. 

Memikirkan keselamatan pengguna diutamakan, JKR Marudi telah melakukan kerja-kerja penyelenggaraan jalan yang bersesuaian bagi memastikan jalan dapat dilalui dan selamat. 

JKR Marudi berharap pengguna yang melalui jalan ini berhati-hati dengan memperlahankan kenderaan mereka dan mematuhi papan-papan tanda bagi mengelak perkara yang tidak diingini berlaku. -EDISI UKAS

Share

add comment