JPBB Bintulu Lawat Balai Raya Sebauh, Lokasi Pusat Pemberian Vaksin COVID -19

JUMAAT, 19 FEBRUARI 2021

BINTULU: Jawatankuasa Bencana Bahagian Bintulu (JPBB) Bintulu yang diketuai pengerusinya yang juga Residen Bahagian Bintulu, Jack Aman Luat telah melawat Balai Raya Sebauh cadangan lokasi pemberian vaksin COVID-19 pada Khamis. 

Lawatan ini bertujuan untuk melihat kesesuaian keadaan dewan, melihat persiapan dan kelengkapan yang perlu ditambahbaik bagi memastikan kelancaran semasa pemberian vaksin COVID-19 itu nanti. 

Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Pegawai Kesihatan Bahagian Binutlu Dr. Melvin Chung Hsien Liang, wakil Pegawai Daerah Sebauh Baithy Tini, Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Zulkipli Suhaili, wakil dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu, Majlis Keselamatan Megara (MKN), Jabatan Kerja Raya (JKR), Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Pejabat Residen Bintulu dan Pejabat Daerah Sebauh.

Share

add comment