Kluster Jalan Green Kuching Dan Kluster Kejatau Sri Aman Kluster Baharu Diisytiharkan

JUMAAT, 19 FEBRUARI 2021

KUCHING : Timbalan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas memaklumkan terdapat dua (2) kluster baharu telah diisytiharkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Dua kluster tersebut adalah Kluster Jalan Green Kuching dan Kluster Kejatau Sri Aman, menambahkan jumlah kluster yang aktif di Sarawak setakat ini kepada 24.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Sidang Media JPBN Sarawak di Kuching pada Jumaat.

Dalam pada itu, daripada 199 jumlah kes positif baharu yang dikesan, tambahnya empat (4) kluster telah menunjukkan penambahan.

“Kluster Univista Samarahan, terdapat penambahan 1 kes menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 47; Kluster Seruas Beluru, penambahan 1 kes menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 80 kes; Kluster Jun Heng Bintulu penambahan 2 kes, meningkat kepada 33 kes manakala Kluster Pasai Sibu penambahan 10 kes, meningkat kepada 2609 kes,” katanya. -EDISI UKAS

Share

add comment