KWKPK Pantau, Pastikan Kebajikan Penduduk Kampung Sg Maong Dijaga

JUMAAT, 19 FEBRUARI 2021

KUCHING : Susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Sg. Maong, seramai 829 penduduk daripada 130 buah rumah sentiasa dijaga kebajikannya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak.

Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak, Dato’ Sri Fatimah Abdullah pada Khamis hadir memantau pengurusan pengagihan bakul makanan di kawasan itu yang dibantu oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak.

Berpuas hati dengan pengurusan yang dilakukan, beliau memberitahu, sumbangan dan bantuan dari Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), badan korporat dan juga individu juga digalakkan, namun perlu melalui Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak atau Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS).

Menurut beliau, antara kemudahan lain yang turut disediakan adalah mobile klinik, bagi mereka yang memerlukan khidmat kecuali bagi kes dialisis, perlu dibawa ke hospital.

Ini kerana, bagi memastikan sumbangan dan bantuan yang diterima dalam keadaan selamat untuk diserahkan kepada penduduk Kampung Sg. Maong.  

Hadir sama, Pemangku Pengarah JKMS,Muhammad Guntor Rajaee, Residen Bahagian Kuching,Sherrina Hussaini serta Setiausaha Politik kepada YAB Ketua Menteri merangkap Setiausaha Cawangan Satok,Abdul Samat Gany. -EDISI UKAS

Share

add comment