JUMAAT, 19 FEBRUARI 2021
KABONG: Unit Bimbingan Dan Kaunseling Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Kabong dengan kerjasama Pusat Khidmat Kabong telah menganjurkan majlis solat hajat dan majlis restu ilmu pada Jumaat.
Majlis ini adalah untuk mendoakan kejayaan pelajar-pelajar di situ yang bakal menduduki peperiksaan awam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bermula 22 Februari ini.
Mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri Kabong, Mohd Chee Kadir, Penghulu Sani Mohamad merakamkan penghargaan dan tahniah kepada semua warga sekolah atas usaha dan komitmen padu kepada pelajar.
“Syabas dan tahniah saya ucapkan dan untuk para pelajar ,semoga kejayaan milik anda semua”
Hadir sama, Pegawai Khas ADUN Kabong, Nur Elffi Amir, Pengetua SMK Kabong Iman Joni dan Yang Dipertua PIBG SMK Kabong, Laksamana Bakar. -EDISI UKAS