Patuhi SOP Untuk Bendung Penularan Wabak COVID-19

JUMAAT, 19 FEBRUARI 2021

BINTANGOR: Setiap Penjaja dan Peniaga Daerah Meradong diingatkan agar sentiasa memperkasakan Prosedur Operasi Standard (SOP) di kedai-kedai dan semasa menjalankan aktiviti perniagaan.

Pegawai Daerah Meradong, Badjuri Bidin berkata pematuhan terhadap SOP sangat penting sebagai langkah untuk membendung penularan pandemik COVID-19.

Tegasnya, jalinan kerjasama erat antara agensi kerajaan dan peniaga termasuk penjaja sangat penting kerana golongan itu juga merupakan barisan hadapan.

Beliau yang berkata dalam Sesi Perjumpaan Bersama Persatuan Penjaja Dan Peniaga Daerah Meradong pada Jumaat juga mengingatkan orang ramai agar tidak mempercayai berita palsu mengenai suntikan vaksin COVID-19.

Apa yang pasti katanya, golongan barisan hadapan akan menerima suntikan vaksin itu yang akan bermula pada penghujung Februari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Daerah Meradong, Deputi Superitendan Polis (DSP) Sekam Anoi, Pegawai Kesihatan Bahagian Sarikei Dr Matthew, Kaunselor Ung Sing Tai dan Kaunselor Johari Majid. – EDISI UKAS

Share

add comment