Pegawai Pusat Khidmat Parlimen Limbang Turun Padang, Tinjau Sendiri Rumah Pemohon MRP-PPRMS

JUMAAT, 19 FEBRUARI 2021

LIMBANG: Pusat Khidmat Parlimen Limbang turun padang dan bertemu dengan beberapa pemohon Projek Kecil Luar Bandar – Program Penambaikan Rumah Rakyat Miskin Sarawak (MRP-PPRMS) pada Khamis.

Ianya bertujuan mendapat dan mengumpul maklumat serta meninjau sendiri keadaan rumah pemohon. 

Antara rumah yang dilawati ialah Rumah Ajut Malinggang, Kampung Batu 10 ½ Kubong, Pandaruan, Rumah Siad Dana, Kampung Melaban Lubai, Rumah Aping Lajang Kampung Batu Riau, Rumah Sidek Kampung Bukit Impas, Kampung Tinting Rian, Kampung Tanjong Darat, Kampung Pandak, Kampung Ranggu dan Kampung Pengkalan Jawa. 

Senarai nama pemohon MRP-PPRMS ini adalah mereka yang telah menghantar permohonan melalui Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kepada Pusat Khidmat Parlimen Limbang.

Menurut Pegawai Teknikal Pusat Khidmat Parlimen Limbang, Fatin Haziqafahana Adanan, senarai nama pemohon ini akan disenarai pendek dan ditapis jawatankuasa yang dibentuk berdasarkan kriteria-kriteria yang ditetapkan. -EDISI UKAS

Share

add comment