Pusat Khidmat DUN Sebuyau Tinjau PPRMS Di Kampung Sebangan Cina

JUMAAT, 19 FEBRUARI 2021

SEBUYAU: Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) amat signifikan dalam membantu golongan kurang berkemampuan untuk memiliki kediaman sendiri yang selesa dan selamat didiami.

Untuk itu, wakil dari Pusat Khidmat DUN Sebuyau iaitu Mustaffa Affendi dan Ahmad Ayup telah membuat tinjauan ke Kampung Sebangan Cina dan bertemu dengan pemohon PPRMS di sini.

Tinjauan pada Jumaat bertujuan untuk mengumpul maklumat serta meninjau sendiri keadaan rumah pemohon.

Antara rumah yang dilawati adalah rumah Chong Hien Hee di Kampung Sebangan Cina yang telah terpilih untuk dibaik pulih.

Hasil pemantauan mendapati keadaan atap dan dinding rumah tersebut perlu diganti semula.

Setelah maklumat didapati lengkap, projek tersebut akan diusahakan dengan kadar segera.

Hadir sama, Kapitan Kawasan Sebangan, Chang Kueh Chan.-EDISI UKAS

Share

add comment