Pustaka Anjur Siri Ceramah Sarawakiana ‘Reka Bentuk Dan Seni Ukiran Parang Tradisi Di Sarawak’

JUMAAT, 19 FEBRUARI 2021

KUCHING: Pustaka Negeri Sarawak akan Siri Ceramah Sarawakiana yang bertajuk “Reka Bentuk dan Seni Ukiran Parang Tradisi Di Sarawak” pada jam 10 pagi di laman rasmi media sosial Pustaka Negeri Sarawak (facebook dan YouTube). 

Dalam kenyataan medianya pada Jumaat, ceramah tersebut akan disampaikan oleh pensyarah Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Muhyiddin Muhammed. 

“Ceramah ini adalah salah satu usaha memperhebatkan pengetahuan ke arah pemeliharaan dan pemuliharaan khasnya budaya dan warisan di Sarawak. 

“Selain menghasilkan parang tradisional, pembuat parang atau tukang parang juga terlibat dalam membentuk ukiran motif pada hulu dan sarung parang. Parang yang dihasilkan oleh setiap tukang parang di Sarawak sangat berbeza dan unik untuk dijadikan perbandingan kerana setiap hasil ukiran pada pegangan dan sarung parang mempunyai makna dan keaslian yang berbeza,” katanya. 

Tambah kenyataan itu lagi, ketika ini kurang kajian untuk reka bentuk parang Sarawak yang didokumentasikan pada masa ini. 

“Menerusi siri ceramah ini akan dapat dijadikan panduan untuk meningkatkan seni dan budaya masyarakat setempat dan seterusnya menjadi produk penting untuk pengkomersialan,” tambahnya. 

Bagi yang berminat untuk mengikuti ceramah ini, boleh mendaftar di https://trial.pustaka-sarawak.com/apps/events/index-event.php?eid=EVE1613440561.

Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada orang ramai.

Untuk sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh berhubung dengan Puan Dayang Nur Syima Awang Adrus (cmasyima@sarawak.gov.my)/ Aidashermilla Hashim (aidasheh@sarawak.gov.my) di talian 082-440488. -EDISI UKAS

Share

add comment