Seramai 33 Mangsa Banjir Ditempatkan Di PPS Dewan Suarah Kota Samarahan

JUMAAT, 19 FEBRUARI 2021

KOTA SAMARAHAN: Seramai 33 mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Suarah Kota Samarahan selepas kediaman mereka terjejas akibat banjir kilat pada Jumaat.

Setakat jam 12 tengah hari, kesemua mangsa banjir tersebut terdiri daripada sembilan keluarga dari dua kampung iaitu Kampung Tanjung Bundong yang melibatkan enam keluarga (20) dan Kampung Plaie membabitkan tiga keluarga (13).

Antara agensi yang terlibat dalam membantu semua mangsa banjir adalah Pejabat Daerah Samarahan, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Kebajikan Masyarakat Bahagian Samarahan dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA). -EDISI UKAS

Share

add comment