Seramai 83 Mangsa Banjir Di Kampung Paon Ditempatkan Di Dua PPS

JUMAAT, 19 FEBRUARI 2021

LUNDU: Seramai 83 mangsa banjir ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan (SK) Paon dan PSS Balairaya Kampung Paon pada Jumaat.

Kesemua mangsa terdiri daripada 20 keluarga tersebut telah dipindahkan ke PPS berkenaan yang dibuka pada pukul 3 petang.

Pegawai Daerah Lundu, Gustian Durani turut turun melawat mangsa-mangsa terjejas di kedua-dua pusat pemindahan tersebut.

Kedua-dua PPS itu dibuka disebabkan oleh pematuhan prosedur operasi standard (SOP) memandangkan keluasan PPS Balairaya Kampung Paon adalah terhad.

Sehubungan itu, mangsa-mangsa banjir yang lain telah ditempatkan di PPS SK Paon. -EDISI UKAS

Share

add comment