Tangani Isu Dadah Dan Substance Melalui Strategi Berbentuk Intervensi

JUMAAT, 19 FEBRUARI 2021

KUCHING : Lawatan kerja Kementerian Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga Dan Pembangunan Kanak-Kanak (KWKPK) di Kawasan Pemeriksaan Kastam (CEA), Lembaga Pelabuhan Kuching di Terminal Senari pada Khamis memberi impak yang besar dalam usaha Menangani Isu Dadah dan Susbtance (MIDS).

Menterinya, Dato’ Sri Fatimah Abdullah berkata, hasil tinjauan pihaknya mendapati, risiko penyeludupan dadah dan substance atau barang-barang larangan yang lain melalui kargo di terminal-terminal pelabuhan adalah tinggi memandangkan jumlah kemasukan harian kargo semakin meningkat.

Oleh yang demikian jelasnya, penggunaan mekanisme pengesanan yang terhad nescaya berkesan untuk memastikan tiada dadah dan substance diseludup melalui kargo yang diisytiharkan oleh pengimport.

Selain itu katanya, penggunakan instrumen-instrumen taktikal pengesanan yang bersesuaian, canggih dan berkesan juga diperlukan bagi meningkatkan keupayaan dan impak pengesanan kargo-kargo yang diisytiharkan melalui pelabuhan-pelabuhan utama di Sarawak.

Lawatan kerja dengan kerjasama Jawatankuasa Kerja Penguatkuasaan Aktiviti Penyalahgunaan Dadah Dan Substance itu telah dipengerusikan oleh Ketua Jabatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK Sarawak, ACP Jasmirol Jamaluddin, menggunakan strategi berbentuk intervensi, berkesan untuk memutuskan bekalan dadah dalam Sarawak. -EDISI UKAS

Share

add comment