TBS Cawangan Samarahan Serah Sumbangan Makanan Kepada Petugas Barisan Hadapan

JUMAAT, 19 FEBRUARI 2021

KOTA SAMARAHAN: Majlis Islam Sarawak (MAIS) melalui Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) Cawangan Samarahan terus menyampaikan sumbangan makanan kepada petugas barisan hadapan di Pusat Kuarantin INFRA Kota Samarahan, Kolej Raflesia dan Bilik Gerakan Taman Univista.

Sumbangan berupa pek makanan dan juga air mineral itu telah disampaikan oleh Ketua Cawangan TBS Samarahan, Norzahan Bahani dan Pegawai Agama Islam Bahagian Samarahan, Hazimin Shakir Said pada Jumaat.

Selain tanda penghargaan kepada petugas barisan hadapan, sumbangan berkenaan juga bertujuan mengeratkan hubungan dalam memperluaskan lagi penganjuran aktiviti kebajikan dan keagamaan bagi TBS. -EDISI UKAS

Share

add comment