100 Set Bakul Makanan Diagihkan Ke Rumah Panjang Let Selindong Ili Engkilili

SABTU, 20 FEBRUARI 2021

LUBOK ANTU: Sebanyak 100 set bakul makanan telah diagihkan kepada penduduk Rumah Panjang Let Selindong Ili Engkilili oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Sri Aman pada Jumaat.

Ini susulan rumah panjang tersebut telah dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) ekoran penularan wabak COVID-19 melibatkan penempatan itu.

Sepanjang tempoh PKPD itu, segala pergerakan penduduk dipantau dan diawasi bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

PKPD dikuatkuasakan di situ selama 14 hari iaitu bermula 18 Februari sehingga 4 Mac 2021. -EDISI UKAS

Share

add comment