ADUN Kedup Tinjau Projek Rumah Panjang Baru

SABTU, 20 FEBRUARI 2021

SERIAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kedup, Martin Ben turun padang meninjau 18 unit projek rumah panjang baru di KM54, Jalan Serian-Balai Ringin pada Sabtu.

Projek tersebut merupakan inisiatif di antara Perbadanan Pembangunan Perumahan (HDC) dengan penduduk kampung yang berbentuk pinjaman sebanyak RM30,000 seunit.

Bagaimanapun projek untuk mendirikan rumah dan memasang bumbung sejak November 2020 oleh pihak kontraktor terpaksa dihentikan sementara waktu disebabkan atap, tiang dan besi yang dibekalkan tidak mencukupi bagi menyiapkan 6 unit lagi rumah panjang tersebut.

Justeru, ADUN telah menasihatkan ahli jawatankuasa projek tersebut agar berurusan segera dengan pihak HDC untuk membekal bahan binaan yang mencukupi bagi mempercepatkan kerja-kerja pihak kontraktor. -EDISI UKAS

Share

add comment