ADUN Muara Tuang Serah Bantuan Kepada Mangsa Banjir Di PPS Balai Raya Kampung Nangka

SABTU, 20 FEBRUARI 2021

KOTA SAMARAHAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Muara Tuang, Dato’ Idris Buang melawat mangsa-mangsa banjir yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Balai Raya Kampung Nangka pada Sabtu.

Dalam lawatan itu, beliau juga menyerahkan sumbangan wang ehsan kepada 20 mangsa banjir di pusat pemindahan banjir tersebut.

Beliau kemudian diberi taklimat mengenai keadaan dan jumlah mangsa terkini yang masih ditempatkan di PPS berkenaan.

Dato’ Idris juga mengarahkan untuk meminjam bot penyelamat daripada Samarahan Crocodile Hunters Pusat Khidmat ADUN Muara Tuang untuk membantu mangsa banjir yang terputus hubungan dengan kampung-kampung lain.

Sementara itu, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) turut membantu mengurangkan beban yang ditanggung mangsa-mangsa banjir dengan menyerahkan bantuan makanan kering dan kit kebersihan yang telah disampaikan Dato’ Idris. -EDISI UKAS

Share

add comment