ADUN Sadong Jaya Serah Bantuan Kerusi Roda

SABTU, 20 FEBRUARI 2021

SADONG JAYA: Golongan orang kurang upaya dan warga emas yang kurang berkemampuan menerima sumbangan kerusi roda daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sadong Jaya, Ir Aidel Lariwoo pada Sabtu.

Beliau telah menyerahkan bantuan itu di Kampung Semera, Kampung jemukan, Kampung Jaie, Kampung Pelandok Ulu, Kampung Iboi Laut, Kampung Sadong Jaya Laut, Kampung Sadong Jaya Tengah, Kampung Sadong Jaya Ulu dan Kampung Sungai Bilis.

Ini adalah antara program santai yang sering dilakukan oleh ADUN bersama rombongan apabila selesai program yang lain di kawasan.

Sebelum itu, beliau telah menyerahkan bantuan baik pulih rumah kepada para pemilik kediaman terpilih di kawasan berkenaan.

Sementara itu, penduduk setempat berasa berpuas hati dan berterima kasih kepada ADUN mereka di atas sikap prihatin, bertimbang rasa dan sentiasa turun padang bertemu dengan rakyat. -EDISI UKAS

Share

add comment