Banjir: Jumlah Terus Meningkat, 858 Mangsa Ditempatkan Di 12 PPS Di Sarawak

SABTU, 20 FEBRUARI 2021

KUCHING: Hujan lebat yang berterusan sejak beberapa hari lepas telah mengakibatkan seramai 858 mangsa banjir ditempatkan di 12 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan Bahagian Kuching dan Samarahan.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan media pada Sabtu, setakat jam 8 pagi, Bahagian Kuching merekodkan seramai 538 mangsa daripada 163 keluarga yang telah ditempatkan di lima PPS di Daerah Kuching dan Lundu.

Jelas kenyataan itu, Daerah Kuching telah membuka tiga PPS iaitu PPS Dewan Sinar Budi Baru yang menempatkan (144) mangsa, PPS SJKC Chung Hua Sg Tengah (223), dan PPS Dewan Masyarakat Stapok (88).

Daerah Lundu pula, dua PPS yang dibuka adalah PPS Balai Raya Kampung Paon, Sematan dengan menempatkan seramai (19) mangsa dan PPS SK Paon Temaga, Sematan seramai (64) mangsa.

Manakala bagi Bahagian Samarahan, seramai 320 mangsa daripada 95 keluarga ditempatkan di tujuh PPS iaitu PPS Balai Raya Kampung Sg Empit dengan seramai (35) mangsa, PPS Dewan Suarah Kota Samarahan (48), PPS Dewan Masyarakat Kampung Pangkalan Kuap (160), PPS Surau Kampung Bukit Berangan (6), PPS Kampung Merdang Lumut (11 ), PPS Dewan Serbaguna Kampung Entingan (47) dan PPS Balai Raya Kampung Nangka (13). -EDISI UKAS

Share

add comment