COVID-19 : Empat Kematian,  134 kes positif 

SABTU, 20 FEBRUARI 2021

KUCHING: Sarawak hari ini merekodkan empat kes kematian baharu menjadikan jumlah keseluruhan kematian meningkat kepada 73 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak dalam kenyataan media pada Sabtu memaklumkan kematian baharu tersebut direkodkan di Sibu dengan dua kes kematian, Bintulu dan Miri masing-masing satu kes. 

JPBN Sarawak menjelaskan, kes kematian ke-70 melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 48 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Miri. 

Kes mengalami kelesuan dan palpitasi beberapa hari sebelum itu serta mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis dan penyakit buat pinggang peringkat akhir (ESRF). 

Kes kematian ke-71 pula merupakan seorang lelaki warga tempatan (Sarawak) berumur 45 tahun yang telah dirujuk dari hospital swasta ke Hospital Bintulu kerana kes mengalami sesak nafas dan mengalami gejala demam. 

Kes mempunyai komorbid penyakit buah pinggang peringkat akhir (ESRF) dan darah tinggi. 

Seterusnya kes kematian ke-72 yang melibatkan seorang lelaki warga tempatan berumur 58 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami gejala demam dan batuk. 

Kes juga mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang kronik.

Manakala bagi Kes kematian ke-73, kes adalah seorang perempuan warga tempatan berumur 77 tahun yang telah mendapatkan rawatan di Hospital Sibu kerana mengalami sesak nafas. 

Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan dislipidemia. 

Tambah kenyataan itu, terdapat 134 kes positif COVID-19 yang dikesan di Sarawak iaitu 53 kes di Sibu diikuti Bintulu (19), Kuching (15), Kapit (12), Samarahan (10), Song (8), Miri (4), Bukit Mabong (3), Selangau (2), Sri Aman (2), Sebauh (2), Bau (1), Julau (1), Meradong (1) dan Belaga (1)].

Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 di Sarawak meningkat kepada 7,758 kes.

Dalam pada itu, turut dimaklumkan Daerah Sri Aman telah bertukar ke status Jingga daripada status Kuning, Daerah Lundu telah kembali ke status Kuning daripada status Jingga dan Daerah Lawas telah kembali ke status Hijau daripada status Kuning.-EDISI UKAS

Share

add comment