Gereja Parish St John Taee Terima Peruntukan RM70,000 Dari UNIFOR

SABTU, 20 FEBRUARI 2021

SERIAN: Gereja Parish St John Taee menerima peruntukan sebanyak RM70,000 dari Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR).

Peruntukan tersebut adalah bagi membiayai kos pendawaian dan pemasangan pendingin hawa di dalam gereja berkenaan.

Penyerahan cek tersebut telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Amar Michael Manyin Jawong di Dewan Gereja St John Taee pada Jumaat.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu dalam ucapan ringkasnya menyeru agar penduduk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan dalam mengekang penularan wabak COVID-19.

Hadir sama dalam program itu adalah Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Sarawak, Dr Simon Sinang Bada. -EDISI UKAS

Share

add comment