SABTU, 20 FEBRUARI 2021
LUNDU : Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Paon Temaga yang menempatkan 23 buah rumah yang terkesan banjir kilat akan ditutup pada jam 2 petang, Sabtu.
Hal yang demikian memandangkan paras air di rumah mangsa-mangsa banjir berkenaan dilaporkan telah surut setelah dinaiki air berikutan hujan lebat sejak Khamis.
Pegawai Derah Lundu, Gustian Durani bersama Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Daerah Lundu, Rabuan Zulkeflee sebelah paginya, berkesempatan menyampaikan Kit Makanan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara Malaysia (NADMA) kepada mangsa banjir Kampung Paon di PPS itu. -EDISI UKAS
Share