Pematuhan SOP Terkawal Di Damai Beach Resort, Perniagaan Masih Stabil

SABTU, 20 FEBRUARI 2021

KUCHING : Langkah kerajaan membenarkan sektor perhotelan beroperasi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) disifatkan sebagai tindakan tepat sekaligus merancakkan lagi sektor pelancongan di negeri ini.

Hasil tinjauan dan pemantauan Krew Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) di Damai Beach Resort baru-baru ini mendapati, keaadan agak lengang namun pergerakan pengunjung yang datang untuk bercuti sentiasa terkawal dengan pematuhan garis panduan (SOP) yang ditetapkan oleh pihak hotel.

Menurut salah seorang petugas yang merupakan Penyelia Keselamatan,Shefri Suhaimi, pengunjung yang datang akan membuat pendaftaran dan pengesahan kesihatan terlebih dahulu di pintu utama, sebelum memasuki premis.

Pegawai Pengurusan, Sulaiman pula memberitahu, sepanjang tempoh PKPB, pengurusan hotel mahupun perniagaan masih stabil.

Katanya lagi, sebarang penempahan buat masa ini adalah melalui atas talian untuk pengunjung tempatan dan pihak hotel tidak membenarkan kemasukan pelancong dari luar negara.

Manakala menurut Petugas Am,Wellen Urai pula, selama empat tahun perkhidmatannya disitu,  jumlah pengunjung jika dibanding dengan sebelum memang ketara bezanya.-EDISI UKAS

Share

add comment