Penduduk Kampung Sibu Laut Tidak Lagi Berdepan Kesukaran Liputan Internet

SABTU, 20 FEBRUARI 2021

KUCHING : Kampung Sibu Laut kini mempunyai kemudahan asas lengkap merangkumi bekalan air bersih, elektrik dan internet.

Semasa menyempurnakan program Wifi Kamek Reach 10 di Kampung Sibu Laut, pada Sabtu, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Hal Ehwal Islam & DBKU) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Damai, Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, penduduk setempat tidak lagi berdepan kesukaran untuk mendapatkan liputan internet selepas kemudahan tersebut dipasang di kampung nelayan itu.

Beliau yang juga Menteri Muda Utiliti Sarawak (Bekalan Air) menambah, para pelajar juga dapat mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Justeru, beliau amat berterima kasih kepada Reach 10 Communication dan Sarawak Multimedia Authority (SMA) kerana memilih Kampung Sibu Laut untuk pemasangan kemudahan internet sekaligus membantu masyarakat untuk terus berhubung.

Hadir sama, Pengurus Besar SMA, Dr Zaidi Razak dan Pengarah Reach 10 Communication, Leo Chin. -EDISI UKAS

Share

add comment