SABTU, 20 JANUARI 2021
LUNDU: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) yang dikuatkuasakan di Kampung Sebako 1 dan Kampung Sebako 2 yang bermula pada 6 Februari ditamatkan pada tengah malam 19 Februari lalu.
Tinjauan yang dilakukan pada Sabtu mendapati bilik gerakan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sebako telah ditutup dan disanitasi oleh anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Daerah Lundu.
Khemah-khemah bagi tujuan kawalan keselamatan juga dibuka secara gotong-royong oleh penduduk kampung.
Pergerakan penduduk kampung juga dilihat terkawal serta masih menerap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) meskipun PKPD ditamatkan. -EDISI UKAS
Share