ADUN Kuala Rajang Tinjau Projek Di Kampung Jerijeh, Kampung Rajang

AHAD, 21 FEBRUARI 2021

BELAWAI: Menteri Muda Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak merangkap ADUN Kuala Rajang, Datu Len Talif Salleh bersama Jurutera Jabatan Salinan dan Pengairan (DID) Bahagian Mukah, Faizal Sukri telah mengadakan lawatan untuk meninjau dan meneliti tapak projek perparitan di Kampung Jerijeh dan pembinaan Jeti Nelayan Kampung Rajang.

Dalam lawatan pada Sabtu itu, Datu Len diberi penerangan pelan pembangunan yang dirancang secara terperinci oleh Faizal.

Skop projek adalah menaik taraf sistem perparitan di Kampung Jerijeh untuk membendung bencana banjir dan memastikan pengaliran air lancar tanpa halangan.

Satu lagi pelan yang sedang dirancang ialah pembinaan jeti nelayan bertempat di Sungai Bapa, Kampung Rajang.

Siapnya jeti itu nanti akan memudahkan pemunggahan hasil nelayan di Kampung Rajang.

Turut hadir Pemanca Morshidi Moris, Penghulu dan Ketua-Ketua Kaum. – EDISI UKAS

Share

add comment