ADUN Simanggang Hulur Bantuan Makanan Kepada 32 keluarga

AHAD, 21 FEBRUARI 2021

SRI AMAN: Seramai 32 keluarga yang  menjalani kuarantin menerima bantuan makanan daripada Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak, Datuk Francis Harden Hollis pada Sabtu.

Sumbangan tersebut bagi meringankan beban mereka yang tidak dapat bergerak kerana masih menjalani tempoh kuarantin selepas didapati menjadi kontak rapat dengan Kluster Sebangkoi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang menambah, kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sentiasa memahami kesusahan yang dihadapi rakyat sepanjang berdepan ancaman COVID-19. -EDISI UKAS

Share

add comment