AHAD, 21 FEBRUARI 2021
SIMANGGANG: Beberapa Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Biro Wanita di kawasan Simanggang menerima cek Projek Kecil Luar Bandar (MRP) pada Sabtu.
Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang, Datuk Francis Harden Hollis memberitahu, peruntukan MRP yang diserahkan itu membuktikan kerajaan negeri sentiasa peka dengan keperluan masyarakat akar umbi.
Jelasnya, beliau juga sentiasa memberikan peruntukan untuk kepentingan penduduk di situ.
“Sumbangan RM5,000 diberikan masing-masing kepada setiap JKKK iaitu JKKK Rumah Mara, Gran C, Sri Aman, JKKK Rh John Elie, Kampung Sabu, Sri Aman dan JKKK Rh James Batang, Bakong Ulu, Tanjong Bijat, Sri Aman .
“Manakala RM3,000 masing-masing kepada Biro Wanita Rumah Mara, Gran C, Sri Aman, Biro Wanita Rh John Elie, Kampung Sabu, Sri Aman dan Biro Wanita Rh James Batang, Bakong Ulu, Tanjong Bijat, Sri Aman,” katanya.
Turut diserahkan lima unit alat pemadam api mudah alih kepada JKKK Skirau Ai.
Dalam pada itu, beliau berharap agar tuai rumah di kawasan berkenaan sentiasa bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam mengekang penularan pandemik COVID-19 di kawasan masing-masing.-EDISI UKAS