Bacaan Yassin, Solat Hajat Dan Restu Ilmu Iringi Pelajar SMK Merapok Hadapi SPM

21 FEBRUARI 2021

LAWAS: Seramai 126 pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Merapok akan menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 pada Isnin ini. 

Untuk itu, pentadbiran SMK Merapok telah menganjurkan bacaan yassin, solat hajat dan Restu Ilmu sempena SPM di Surau Al-Irsyad dan Dewan Aspirasi SMK Merapok, Lawas pada Jumaat. 

Majlis bermula pada jam 7.00 pagi dimulai  dengan bacaan surah Yassin dan dikuti solat sunat hajat yang dipimpin dan diimamkan Ustzaz Mohd Azhar Saif.

Bagi pelajar bukan Islam, mereka mengadakan Kebaktian Pemberkatan Ilmu yang dipimpin oleh Ah Jack. 

Majlis diteruskan dengan Restu Ilmu dengan ucapan ringkas daripada Siti Salmi Abdul Ghaffar yang mewakili guru-guru Tingkatan 5. 

Sementara itu, Pengetua SMK Merapok Julkipli Tangah berharap calon-calon SPM tahun 2020 dapat memberikan tumpuan sepenuhnya dengan peperiksaan SPM demi mencapai kecemerlangan diri dan mencapai sasaran. 

Hadir sama Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) Norfahana Abdullah, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar (PK HEP) Rohani Abu Bakar, Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar (PK HEM), Penolong Kanan Kokurikukim Morjana Zain, Penolong Kanan Tingkatan 6 dan warga guru SMK Merapok. -EDISI UKAS

Share

add comment