BDA Sumbang Makanan Dan Keperluan Harian Pesakit Hospital Bintulu, Pusat Kuarantin Dan PKRC

AHAD, 21 FEBRUARI 2021

BINTULU: Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) telah menyerahkan sumbangan berupa makanan dan keperluan harian kepada Hospital Bintulu pada Sabtu.

Sumbangan ini telah disampaikan Timbalan Pengerusi BDA Haidar Khan Asghar Khan dan diterima Pengarah Hospital Bintulu Dr. Davis Johnraj.

Ini merupakan bantuan Fasa 1 bagi menampung keperluan harian pesakit-pesakit di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) di Bintulu. 

Menurut Dr. Davis, selain Pusat Kuarantin dan PKRC Bintulu, sumbangan ini juga akan diagihkan kepada PKRC lain seperti Similajau, Dewan Suarah, Wasan Inn dan juga wad-wad di hospital.

Hadir sama Pengurus Besar BDA Mohamad Yakup Kari. -EDISI UKAS

Share

add comment