Penduduk Kampung Tebedu Mawang & Kampung Bung Padus Bakal Miliki Gereja Baharu

AHAD, 21 FEBRUARI 2021

SERIAN: Penduduk Kampung Tebedu Mawang dan Kampung Bung Padus bakal memiliki sebuah gereja baharu menjelang April tahun ini.

Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Amar Michael Manyin Jawong berkata, setakat ini dianggarkan jumlah keseluruhan peruntukan yang telah digunakan adalah sebanyak RM500,000.

Menurutnya, terbaharu beliau telah menyerahkan cek dari Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR) sebanyak RM40,000 sebagai peruntukan tambahan bagi menyiapkan gereja berkenaan.

“Sumbangan cek ini adalah merupakan peruntukan tambahan untuk kerja menyiapkan Gereja St Augustine Tebedu.

“Selain peruntukan dari UNIFOR, kita juga telah menggunakan peruntukan projek transformasi luar bandar (RTP) dan projek kecil luar bandar (MRP),” katanya semasa majlis penyerahan cek dari UNIFOR di Kampung Tebedu Mawang pada Sabtu.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu berharap, kemudahan rumah ibadat itu kelak akan dimanfaatkan sepenuhnya oleh penduduk setempat. -EDISI UKAS

Share

add comment