Projek Naik Taraf Jalan Ulu Tinjar Tidak Ditarik Balik Atau Dibatalkan, Sebaliknya Akan Diawalkan Pelaksanaannya

AHAD, 21 FEBRUARI 2021

MARUDI: Isu mengenai Projek Naik Taraf Jalan Ulu Tinjar ‘ditarik balik’ atau ‘dibatalkan’ adalah tidak benar.

Menteri Muda Kerajaan Tempatan Datu Dr Penguang Manggil berkata, sebaliknya projek tersebut akan dilaksanakan lebih awal selepas mengadakan perbincangan bersama Ketua Menteri Datuk Patinggi Dr Abang Zohari Tun Datuk Abang Openg baru-baru ini.

“Projek Naik Taraf Jalan Ulu Tinjar dari simpang Lapok ke Long Tisam akan diawalkan pelaksanaannya

“Satu mesyuarat kordinasi akan diadakan tidak lama lagi untuk membincangkan perkara ini.

“Ini merupakan penyelesaian jangka masa panjang yang akan dinaik taraf kepada jalan berturap. Jalan-jalan masuk ke kampung-kampung juga akan dinaik taraf,” katanya.

Katanya dalam status terbaru yang dimuat naik dalam laman Facebooknya pada Sabtu.

Dalam perkembangan yang sama, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Marudi telah mengadakan lawatan ke Jalan Ulu Tinjar bagi meninjau kerja-kerja baik pulih jalan tersebut dengan kos sebanyak RM700,000 yang diluluskan Ketua Menteri.

Ini merupakan penyelesaian jangka masa pendek bagi membolehkan kenderaan awam menggunakan jalan ini dan peruntukan tambahan juga telah dipohon disebabkan banyak lokasi jalan yang rosak teruk.

Justeru, orang ramai berhati-hati ketika menggunakan jalan ini, dan berharap pihak ladang yang menggunakan jalan ini untuk memberi kerjasama.

Turut hadir Jurutera Jabatan Kerja Raya (JKR) En Chai, Pegawai Daerah Marudi SAO Marliney, Ahli-Ahli Majlis Daerah Marudi. -EDISI UKAS

Share

add comment