Sanitasi Awam Di Dewan Masyarakat Tanjong Poting

AHAD, 21 FEBRUARI 2021

BAU: Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Daerah Bau telah melakukan sanitasi awam di Dewan Masyarakat Kampung Tanjong Poting pada Ahad.

Sanitasi awam tersebut dilakukan atas permintaan daripada Pegawai Daerah Bau bagi tujuan Dewan tersebut akan digunakan untuk program penyerahan cek pembayaran pampasan kepada pemilik tanah yang terlibat dalam projek naik taraf Jalan Kampung Tanjong Poting, Kampung Tanjong Bowang dan Kampung Senibong Bau.

Dijangka seramai 99 orang penduduk Kampung Tanjong Poting akan menerima cek pampasan pembayaran tanah yang akan diserahkan oleh pihak Jabatan Tanah dan Survei Sarawak pada esok, 22 Februari ini. -EDISI UKAS

Share

add comment