118 KIR Rumah Panjang William Settaun Terima Bakul Makanan

ISNIN, 22 FEBRUARI 2021

MERADONG: Seramai 118 Ketua Isi Rumah (KIR) di Rumah Panjang William Settaun yang sedang dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) hingga 5 Mac depan menerima bantuan bakul makanan sumbangan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

Simbolik penyerahan bantuan itu disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Kuong Hiing pada Isnin.

Program ringkas itu dianjurkan oleh Jabatan Kebajikan Daerah Meradong dan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Dalam ucapannya, Datuk Ding menyeru dan berharap penduduk rumah panjang William Settaun sentiasa memberi kerjasama kepada barisan hadapan dan mematuhi SOP bagi memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

Beliau dalam pada itu menzahirkan terima kasih kepada barisan hadapan seperti anggota RELA dan Polis yang membuat kawalan sepenuh masa di rumah panjang itu selama 14 hari.

Hadir sama Pegawai Daerah Meradong Badjuri Bidin, KPD Daerah Meradong DSP Sekam Anoi, Pegawai Rela Daerah Meradong Sawanluddin, Pegawai Kebajikan Daerah Meradong Sawan Madil dan Tuai Rumah William Settaun. – EDISI UKAS

Share

add comment