4 Buah Rumah Panjang Di Daerah Sebauh Dikenakan PKPP

ISNIN, 22 FEBRUARI 2021

BINTULU: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Bintulu dalam kenyataannya pada Sabtu memaklumkan empat buah rumah panjang di Daerah Sebauh dikenakan Perintah Kawalan Penuh Pergerakan (PKPP) bermula 21 Februari 2021. 

Antara rumah panjang yang terlibat ialah Rumah Patrick Andin, Rumah Gini Utek, Rumah Amit dan Rumah Kujat.

Ini berikutan terdapatnya kes positif COVID-19 yang dikesan Jabatan Kesihatan Bahagian Bintulu yang melibatkan pergerakan kontak rapat ke  atas penduduk di keempat rumah panjang tersebut.

Sehubungan itu, JPBB Bintulu mengharapkan kerjasama penuh daripada semua pihak untuk sama-sama membendung penularan wabak COVID-19 di Daerah Sebauh. 

Pelaksanaan PKPP itu sebagai langkah proaktif dan pencegahan awal serta membendung penularan wabak COVID-19 dan membolehkan Jabatan Kesihatan Bahagian Bintulu menjalankan pengesanan secara aktif (ACD) di kawasan tersebut. -EDISI UKAS

Share

add comment