ADUN Simunjan Sampaikan Sumbangan Anjur Pertandingan Berlagu Dialek Melayu Sarawak

ISNIN, 22 FEBRUARI 2021

SIMUNJAN: Penganjuran Pertandingan Berlagu Dialek Melayu Sarawak mendapat suntikan dana daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris.

Sumbangan wang tunai berjumlah RM5,000 untuk penganjuran pertandingan yang diadakan secara atas talian itu disampaikan beliau di Rumah Rehat Pegawai Daerah Simunjan, pada Isnin.

Pertandingan tersebut yang bermula pada 27 Februari 2021 adalah anjuran bersama JaLAN, KEWARISMA dan Kami Simunjan Proper dengan kerjasama MENTARI Channel dan dinaungi oleh Awla sendiri.

Menurut Pengerusi KAMI SP, Razali Yu, pertandingan tersebut mensasarkan sebanyak 20 orang penyertaan terbuka kepada seluruh warga Sarawak.

Penganjuran pertandingan lagu dialek Melayu Sarawak ini merupakan julung kali diadakan dan menawarkan hadiah wang tunai.

Penyertaan masih lagi dibuka dan sesiapa yang berminat boleh menghubungi Fatin Farzana Zakaria (016-8905737)
dan Rosianti Barahim (014-6062170). -EDISI UKAS

Share

add comment